Wednesday, July 27, 2011

Mee Hoon Sup (My paveret)

Asyik cerita bab makan je,mcm mane x gemuk huhuh,aku gemuk bukan sebab kuat makan tapi memang keterunan aku memang berbadan besar hahha(nak cover lah tu) huh,kalau korang nak tahu Mee hoon sup ni adalah makanan favorite aku lah tu,buat nya pn senang,men campak2 je.


Jom lah aku share dengan korang cara2 nak masak Mee Hoon Sup ni,setiap orang berbeza resepi nya,begitu ler gan aku,memandangkan aku ni xde lah teror sangat masak tapi aku suke tolong mak aku masak,so dah tau dah cam ne nak masak.mee hon sup ni lagi best kalau makan gan sambal kicap,anti aku ajor yer

Bahan-bahan
1. Mee Hoon (Direndam dengan air panas sehingga lembut)
2.Halia*
3.bawang besar*
4.bawang putih*
(* di belender)
5.Ayam(dipotong kecil)
6.Fish Cake (potong kecik2)
7.Lobak (nak letak sayur2 lain pon boleh)
8.♪ sup bunjut adabi♪ (nyanyi skit)
9.Perencah sup adabi
10.daun sup
11.taugeh
12.bawang goreng
13.garam,ajinamoto

Bahan2 untuk sambal kicap

1.lada cili (ikutlah kepedasan yg korang nak)
2.bawang merah
3.bawang putih
4.gula
5.ajinamoto
6.kicap
7.limau nipis

Cara2 nya.

  1. panaskan periuk,masukkan ayam dan bahan2 yang telah di blender tadi,pastu masukkan air,air tu jgn banyak sangat,asal kan dapat menengelamkan ayam korang tu hehe
  2. masukkan sup bunjut dan biarkan sampai mendidih
  3. masukkan lobak dan fish cake
  4. masukkan perencah sup,lgi elok korang campurkan gan air panas dulu,masukkan dalam cawan kecik pastu kacau sehingga sebati baru masukkan dalam sup tu dan kacau
  5. agak2 ayam dah empuk,masukkan garam,ajinamoto,jagn lupa rasa k,kalau kurang boleh lah tambah apa yang patut
  6. padamkan api masukkan taugeh dan daun sup
  7. kalau nak sedap letak lah kacang tanah yang di goreng.
  8. pastu leh la makan emm nyum nyum

Cara nak buat sambal Kicap
  1. goreng semua bahan (baik2 anti meletup)
  2. masukkan bahan yang telah di goreng tadi dalam blender,masukkan gula(letak lebih skit pn xpe)ajinamoto,kicap n pastu blender lah sampai lumat.xperlu letak air tau
  3. pastu perahkan limau nipis,jgn letak banyak plak,letak ckit je.
JANGAN LUPA CUBE K..PASTI TERANGKAT.hehe

aku suke letak sayur banyak2,,jadi lah cam ni hehe

Kalau LIKE Jgn Lupe Komen

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...